Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Mangkhut mengganas di Filipina; diramal lebih dahsyat dari Haiyan

Taufan Mangkhut sudah mula membadai bahagian timur laut Filipina pada Sabtu (15 Sep), dekat wilayah Cagayan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Sep 2018 10:25AM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 11:17PM

TUGUEGARAO: Taufan Mangkhut sudah mula membadai bahagian timur laut Filipina pada Sabtu (15 Sep), dekat wilayah Cagayan.

Taufan yang dikenali sebagai Ompong oleh warga tempatan membadai kawasan berkenaan sekitar 1.40 pagi waktu tempatan.

Ia adalah taufan paling ganas yang pernah melanda Filipina tahun ini, memusnahkan banyak rumah dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di sesetengah kawasan.

"Mereka (pihak berkuasa) menyatakan taufan ini seganda lebih dahsyat berbanding taufan sebelumnya, sebab itu kami sangat takut," Myrna Parallag, 53 tahun, memberitahu agensi berita AFP selepas meninggalkan rumahnya.

Pihak berkuasa Filipina memberi amaran bahawa taufan itu akan menimpakan banyak kemusnahan dan mungkin menjejas kehidupan sekurang-kurangnya lima juta penduduk yang berada di laluan taufan berkenaan.

Sebelum ini, Agensi Meteorologi Jepun pada Jumaat melaporkan taufan ganas sedang menghala ke arah barat pada kelajuan 25 kilometer sejam di perairan timur Filipina.

Taufan yang sama dijangka menuju ke Hong Kong bermula esok.

Pemerintah Filipina juga sudah mengeluarkan amaran bahawa Taufan Mangkhut mempunyai kekuatan yang sama dengan Taufan Haiyan yang mengganas pada 2013, di mana sekurang-kurangnya 7,300 orang terkorban dan hilang ketika bencana itu melanda.

Sumber : Agensi berita/IS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan