Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan landa Yaman, keadaan darurat diisytihar di Socotra

Pihak berkuasa Yaman menguatkuasakan keadaan darurat di pulau Socotra yang dilanda ribut taufan sejak semalam (24 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 May 2018 06:55PM Dikemas Kini : 25 May 2018 09:48PM

PULAU SOCOTRA, YAMAN: Pihak berkuasa Yaman menguatkuasakan keadaan darurat di pulau Socotra yang dilanda ribut taufan sejak semalam (24 Mei).

19 orang masih hilang selepas tujuh bot terbalik disebabkan banjir besar.

Pihak berkuasa merayu bagi bantuan segera untuk para penduduk yang terkandas di kampung-kampung dan mereka yang tinggal di kawasan pergunungan.

Sekitar 200 keluarga sudahpun dipindahkan dan pulau Socotra kini terputus hubungan.

Ribut tersebut dijangka semakin buruk sebelum bergerak ke selatan negara itu.

Yaman kini bergelut dengan krisis kemanusiaan paling teruk dengan lebih 10,000 orang maut dan tiga juta penduduk kehilangan tempat tinggal akibat perang.



Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan