Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Kammuri semakin menghampiri Filipina, ancam kelancaran Sukan SEA

Filipina berhadapan Taufan Kammuri apabila ribut itu semakin mendekati, memaksa rakyat berpindah dan mengancam acara-acara Sukan SEA berhampiran ibu kota negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Kammuri semakin menghampiri Filipina, ancam kelancaran Sukan SEA

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 02:19PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 02:22PM

MANILA: Filipina berhadapan Taufan Kammuri apabila ribut itu semakin mendekati, memaksa rakyat berpindah dan mengancam acara-acara Sukan SEA berhampiran ibu kota negara itu.

Kammuri dijangka tiba lewat hari ini atau awal pagi esok di timur Filipina dengan hujan lebat dan angin kencang mencecah 185 kilometer sejam, kata jabatan kaji cuaca.

Ribut itu berada dalam laluan untuk menghampiri Manila, yang mempunyai 13 juta penduduk dan tempat banyak acara pertandingan Sukan SEA.

Hampir 70,000 penduduk sudah berpindah di daerah Bicol, yang dijangka tempat ketibaan ribut itu.

“Kami harap tiada kerosakan tetapi memandangkan kekuatan Kammuri, kami tidak dapat mengelak.

“Kami sudah memindahkan lebih awal penduduk di kawasan yang menjadi laluan ribut secara langsung,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mark Timbal.

Biro kaji cuaca juga memberi amaran tanah runtuh disebabkan hujan lebat dan gelombang ribut sehingga tiga meter yang mungkin melanda kawasan pantai di timur negara itu.

Filipina dilanda purata 20 ribut dan taufan setiap tahun, membunuh ratusan penduduk dan menyebabkan rakyat di kawasan kerap dilanda bencana terus hidup dalam kemiskinan. 

Sumber : AFP/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan