Images
  • sea games philippines
    Penganjur Sukan SEA, yang dianjurkans setiap dua tahun, mengatakan mereka ada rancangan luar jangka jika taufan melanda. (Gambar: Ted ALJIBE/AFP)

Taufan Kammuri hampiri Filipina; penganjur Sukan SEA batalkan acara

CLARK, FILIPINA: Filipina sudah mula memindahkan ribuan penduduknya sedang taufan kencang Kammuri bergerak dari Pasifik memaksa pihak pengunjuar Sukan SEA untuk membatalkan atau menangguhkan beberapa acara perlawanan. Demikian menurut para pegawai pada Ahad (1 Dis).

Taufan Kammuri diramal melanda negara itu pada senja Isnin (2 Dis) atau pagi Selasa (3 Dis), membawa bersamanya ribut sekencang 170 kilometer sejam dengan angin berkekuatan maksimum 140 kilometer sejam.

Taufan besar itu memasuki wilayah Filipina pada senja semalam, tidak lama sebelum Presiden Rodrigo Duterte dan jaguh tinju Manny Pacquiao melancarkan temasya sukan itu dalam satu acara perasmian yang gilang gemilang.

Sukan SEA tahun ini diadakan di tiga tempat berbeza di Clark, Manila dan Subic sehingga 11 Disember nanti. Ia sudahpun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk menganjurkan jumlah rekod rekod acara sebanyak 56 sukan merentasi puluhan lokasi.

Acara yang diadakan di luar stadium di Subic - di pantai barat kepulauan utama Filipina di , Luzon, adalah yang pertama terjejas oleh Taufan Kammuri.

"Sukan luncur angin sudah dibatalkan sehingga kita mempunyai gambaran lebih tepat mengenai cuaca," kata Ramon Agregado, ketua jawatankuasa penganjur bagi kelompok tempat di Subic.

Acara triathlon wanita pula diadakan lebih awal hari ini, kata Agregado "supaya kita boleh memanfaat daripada cuaca yang baik".

Acara berlari dan berbasikal atau "duathlon" yang dijadualkan pada Selasa kini akan berlangsung esok.

Encik Agregado berkata tempat acara tidak akan diubah tetapi sekiranya berlaku cuaca buruk, segala peralatan akan diturunkan dan dipasang semula apabila acara dijadual kembali berlangsung.

Sekitar 8,750 atlit serta pegawai pasukan mengambil bahagian dalam edisi ke-30 Sukan SEA tahun ini - iaitu yang terbesar dengan kira-kira 12,000 relawan. Pihak penganjur berharap lebih 500 juta penonton akan menyaksikan tayangan temasya sukan itu di kaca televisyen.

PUSAT PEMINDAHAN

Sejak semalam, beberapa unit pemerintah tempatan di kawasan tengah Bicol menggesa orang ramai supaya meninggalkan rumah mereka.

Menjelang petang Ahad, pejabat pengurusan bencana wilayah Camarines Norte berkata lebih 3,000 orang berada di pusat pemindahan, kebanyakannya terletak di sekolah dan pusat gimnasium dekat wilayah itu.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pesisiran pantai dan tempat tanah rendah di mana banjir kilat serta tanah runtuh mungkin berlaku akibat hujan lebat yang dibawa taufan itu.

Setakat ini, menurut pejabat pengurusan bencana, tiada pemindahan wajib diarahkan.

Sekolah dan pejabat-pejabat pemerintah di beberapa bandar akan ditutup pada Isnin dan Selasa sebagai persiapan menghadapi hujan lebat. 

- AFP/FZ/fz

Top