Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Kai-Tak landa Filipina, 3 maut, lebih 77,000 dipindahkan

Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan berpuluh-puluh ribu penduduk terpaksa melarikan diri akibat banjir, sedang taufan Kai-Tak bergerak menuju kawasan timur Filipina hari ini (16 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2017 11:07PM Dikemas Kini : 17 Dec 2017 11:29PM

TACLOBAN: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan berpuluh-puluh ribu penduduk terpaksa melarikan diri akibat banjir, sedang taufan Kai-Tak bergerak menuju kawasan timur Filipina hari ini (16 Dis). Penduduk kawasan itu juga terpaksa berdepan dengan tanah runtuh dan terputus bekalan elektrik.

Kai-Tak dengan angin sekencang 100 kilometer sejam, melanda pulau ketiga terbesar, Samar petang tadi dan turut melanda wilayah yang pernah turut terjejas oleh Taufan Haiyan empat tahun lalu. Demikian menurut jabatan kaji cuaca negara itu.

Pegawai tempatan melaporkan sekurang-kurangnya tiga orang mati di pulau berdekatan iaitu Pulau Leyte - seorang budak lelaki dua tahun yang mati lemas di kota Mahaplag, seorang wanita yang tertimbus tanah akibat tanah runtuh dan seorang lagi yang terjatuh ke dalam lubang di kota Ormoc.

Sebelum ini, pulau Samar dan Leyte, dengan jumlah keseluruhan penduduk seramai 4.5 juta, berdepan dengan Taufan Haiyan pada 2013, yang menyebabkan lebih 7,350 orang mati atau hilang.

Trak-trak tentera dipandu dalam keadaan banjir di dua pulau itu untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. Menurut para pegawai tempatan, terdapat lebih 77,000 orang berada di pusat pemindahan buat masa ini.

Khidmat feri di kedua-dua pulau masih lagi digantung akibat keadaan laut yang bergelora. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan