Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Jongdari dijangka pukul barat Jepun

Taufan Jongdari akan melanda Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jul 2018 07:36PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 09:11PM

TOKYO: Taufan kuat sedia menuju ke daerah-daerah barat Jepun yang dilanda banjir dan tanah runtuh teruk awal bulan ini, menurut para pegawai Jepun hari ini (27 Jul).

Taufan Jongdari membawa angin sekuat hampir 200 kilometer sejam, menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun. Media tempatan melaporkan sistem itu akan melanda pulau utama negara itu malam esok.

Pihak berkuasa memberi amaran mengenai hujan lebat, tanah runtuh, angin ribut dan ombak besar, dan menggesa orang ramai supaya memikirkan tentang pemindahan awal.

Hari ini, ribut itu berada di kira-kira 1,200 kilometer dari barat daya Tokyo, menuju ke Pulau Chichijima. Namun, ia dijangka menuju ke rantau barat Chugoku menjelang lewat esok.

Awal bulan ini, rantau Chugoki dilanda hujan rekod yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang membunuh kira-kira 220 orang.

Ia merupakan bencana cuaca paling dahsyat dalam beberapa dekad, dan ramai penduduk di kawasan-kawasan terjejas masih lagi tinggal di tempat-tempat berteduh atau rumah-rumah rosak.

Ramai terperangkap di dalam banjir yang mana paras airnya meningkat, selepas mereka gagal beralih dari tempat kejadian meskipun sudah diberikan arahan untuk berbuat demikian. Para pegawai menggesa orang ramai supaya tidak meremehkan amaran pemindahan.

"Beberapa orang gagal beralih ke tempat lain setelah hujan lebat baru-baru ini, mereka percaya mereka akan baik-baik sahaja," seorang pegawai agensi cuaca memberitahu agensi berita AFP.

Jepun kini dalam musim taufan. Ia juga sering dilanda pelbagia ribut semasa musim panas dan luruh.

Sumber : AFP/KN/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan