Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Jebi landa Jepun, yang paling kuat dalam tempoh 25 tahun

Taufan paling kuat pernah melanda Jepun dalam tempoh 25 tahun, membadai barat negara itu hari ini (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Jebi landa Jepun, yang paling kuat dalam tempoh 25 tahun

(Gambar: Ichiro Banno/AP)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 07:49PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 07:52PM

JEPUN: Taufan paling kuat pernah melanda Jepun dalam tempoh 25 tahun, membadai barat negara itu hari ini (4 Sep).

Taufan Jebi membawa bersama hujan lebat dan angin kencang pada kelajuan sehingga 216 kilometer sejam di bandar Tokushima.

Arahan pemindahan dikeluarkan kepada lebih 300,000 penduduk yang terjejas sedang Agensi Meteorologi memberi amaran hujan lebat, ombak tinggi, banjir dan tanah runtuh dijangka berlaku.

Perdana Menteri Shinzo Abe menggesa penduduk supaya "berpindah segera" dan mengarahkan pihak berkuasa mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi rakyat.

Sekitar 1,500 tempat perlindungan sudah ditubuhkan. Perkhidmatan kereta api di Kyoto, Osaka dan Kobe juga sudah digantung.

Perkhidmatan kereta api gerak cepat Shinkansen antara Hiroshima dengan Osaka pula turut terjejas, manakala hampir 600 penerbangan dan perkhidmatan feri di barat Jepun dibatalkan.

Sejauh ini belum ada laporan mengenai kematian ataupun kecederaan.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan