Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Ida: New Orleans kuat kuasa perintah berkurung

Penduduk di Louisiana and Mississippi sedang menilai kesan bencana akibat Taufan Ida, sedang air bah yang surut mula memberikan gambaran sebenar kerosakan di sepanjang pantai selatan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Ida: New Orleans kuat kuasa perintah berkurung

Kesan Taufan Ida yang melanda New Orleans. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Sep 2021 05:59PM Dikemas Kini : 01 Sep 2021 06:08PM

NEW OREANS: Penduduk di Louisiana and Mississippi sedang menilai kesan bencana akibat Taufan Ida, sedang air bah yang surut mula memberikan gambaran sebenar kerosakan di sepanjang pantai selatan Amerika Syarikat.

Korban jiwa meningkat kepada empat orang.

Perintah berkurung dikuat kuasa di seluruh New Orleans pada Selasa malam setelah Ida membadai bandar raya itu selama hampir dua hari, kata Datuk Bandar, LaToya Cantrell.

"Perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 6 pagi berkuat kuasa serta merta," kata Cik Cantrell pada Selasa.

Ketua Polis New Orleans, Shaun Ferguson pula mengingatkan penduduk yang berpindah agar tidak pulang ke kediaman mereka berikutan bekalan elektrik belum pulih sepenuhnnya.

Menurut Lapangan Terbang New Orleans penerbangan keluar dan masuk yang dijadualkan pada Selasa juga dibatalkan manakala hampir 200 penerbangan pada Rabu juga terjejas.

Presiden Joe Biden mengisytiharkan darurat bagi Louisiana and Mississippi, yang memberi wilayah itu akses kepada bantuan federal.

Gabenor Louisiana John Bel Edwards berkata lebih 1,600 kakitangan dikerah bagi gerakan mencari dan menyelamat manakala Pentagon menyatakan lebih 5,200 kakitangan terlibat dalam operasi itu termasuk dari bahagian tentera dan pengurusan kecemasan federal.

Taufan Ida yang melanda Louisiana pada Ahad itu diklasifikasi sebagai ribut Kategori 4 dan kini bergerak ke kawasan timur laut Tennessee dan Lembah Ohio.

Sumber : AFP/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan