Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Haishen bergerak ke Korea setelah membadai Jepun

Korea Selatan bersiap sedia bagi ketibaan Taufan Haishen pada Isnin (7 Sep), setelah ribut dahsyat itu membadai pulau-pulau selatan Jepun, namun tidak menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kematian.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Haishen bergerak ke Korea setelah membadai Jepun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Sep 2020 12:05PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 12:13PM

SEOUL: Korea Selatan bersiap sedia bagi ketibaan Taufan Haishen pada Isnin (7 Sep), setelah ribut dahsyat itu membadai pulau-pulau selatan Jepun, namun tidak menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kematian.

Ribut dengan kelajuan angin kencang 144 kilometer sejam itu sedang bergerak ke arah utara menuju Busan, bandar kedua terbesar Korea Selatan, menurut agensi cuaca negara itu.

Ribut itu sudah pun menyebabkan gangguan bekalan elektrik bagi hampir 5,000 keluarga di bahagian hujung selatan Semenanjung Korea, termasuk pulau peranginan Jeju, yang melaporkan paras hujan melebihi 473 milimeter sejak Sabtu.

Pihak berkuasa sudah memindahkan hampir 1,000 penduduk, sementara lebih daripada 300 penerbangan dari 10 lapangan terbang, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju dibatalkan. Kemasukan ke taman-taman negara dan beberapa khidmat kereta api kebangsaan turut digantung, menurut kementerian keselamatan negara itu.

Di barat daya Jepun, sekitar 440,000 rumah di Kyushu kekal tanpa bekalan elektrik pada pagi Isnin selepas ribut membadai kawasan itu, lapor syarikat penyiar awam NHK.

Ia menambah bahawa 32 orang cedera, termasuk seorang wanita yang terjatuh dari tangga dalam keadaan gelap dan empat orang yang mengalami luka selepas tingkap kaca sebuah pusat pemindahan berkecai akibat ribut.

Hampir 2 juta penduduk diarahkan untuk berpindah dari kawasan itu, yang masih dalam tahap pemulihan ekoran hujan lebat dan banjir pada Julai lalu yang meragut nyawa 83 orang.

Taufan Haishen tiba selang beberapa hari selepas Taufan Maysak membadai semenanjung Korea, menyebabkan sekurang-kurang dua maut dan ribuan orang tanpa bekalan elektrk.

Haishen turut dijangka membadai bandar pelabuhan Chongjin di Korea Utara pada lewat hari ini.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan