Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Hagibis ragut nyawa mangsa pertama di Jepun

Taufan Hagibis yang dahsyat meragut nyawa mangsa pertamanya hari ini (12 Okt) sekalipun belum membadai lagi. Bencana itu dijangka membawa hujan yang memecah rekod dengan angin kencang memaksa arahan berpindah dikeluarkan kepada lebih 1.6 juta penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Hagibis ragut nyawa mangsa pertama di Jepun

Ombak yang melanda menembusi tembok pemecah ombak dan rumah api sedang Taufan Hagibis mendekati sebuah pelabuhan di bandar Kiho, wilayah Mie, tengah Jepun pada 12 Oktober 2019. (Gambar: Toru Hanai/AP)

Diterbitkan : 12 Oct 2019 02:34PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 02:35PM

TOKYO: Taufan Hagibis yang dahsyat meragut nyawa mangsa pertamanya hari ini (12 Okt) sekalipun belum membadai lagi. Bencana itu dijangka membawa hujan yang memecah rekod dengan angin kencang memaksa arahan berpindah dikeluarkan kepada lebih 1.6 juta penduduk.

Dikategorikan sebagai ‘besar dan sangat ganas’, taufan tersebut juga menyebabkan pembatalan dua perlawanan Piala Dunia Ragbi, menjejas Grand Prix Jepun dan menyebabkan lebih 1,600 penerbangan dibatalkan.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan taufan itu diramal melanda bahagian tengah atau timur Jepun awal petang ini, membawa bersama angin selaju 216 kilometer sejam.

Bagaimanapun beberapa jam sebelum taufan melanda, bahagian luar taufan itu meragut nyawa mangsa pertama di Chiba, timur Tokyo, yang turut dilanda badai hebat bulan lalu.

 “Seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui dalam trak mini yang terperosok. Beliau dihantar ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia,” kata jurucakap Jabatan Bomba Ichihara, Hiroki Yashiro.

Hagibis diramalkan sebagai taufan pertama yang dikategorikan sebagai ‘sangat dahsyat’ melanda pulau utama Honshu sejak 1991, ketika sistem kategori taufan baru diperkenalkan, menurut media tempatan.

Menjelang tengah hari, kira-kira 1.64 juta orang di kawasan terjejas diperintah supaya berpindah meskipun tidak diwajibkan, dengan pihak berkuasa menggesa warga tua, golongan kurang upaya dan mereka yang mempunyai anak untuk dipindahkan lebih awal. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan