Images
  • typhoon
    Dua perlawanan Piala Dunia Ragbi dibatalkan sedang Jepun bersedia menghadapi taufan Hagibis. (Gambar: Matthew Childs/Reuters)

Taufan Hagibis dijangka badai Jepun hujung minggu ini

TOKYO: Jepun sedang bersiap sedia bagi menghadapi taufan yang dahsyat pada hujung minggu ini.

Ribut bertiup sekencang 125 kilometer sejam dan menyebabkan ombak setinggi 10 meter, dekat kawasan kepulauan Ogasawara hari ini (10 Okt).

Ia dijangka menghampiri bahagian timur dan barat Jepun pada hujung minggu ini.

Taufan Hagibis diramalkan sebagai taufan paling ganas melanda Jepun tahun ini.

Pihak pengendali kereta api sekitar Tokyo sedang menimbangkan untuk menggantung beberapa khidmat kereta api hujung minggu ini.

Para pegawai khidmat cuaca menggesa para penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutama mereka yang tinggal di wilayah Chiba, dekat Tokyo.

Tiupan ribut itu juga menjejas dua acara sukan di negara itu, iaitu perlumbaan Grand Prix Jepun dan Piala Dunia Ragbi.

Dalam keputusan yang mengejutkan, pihak penganjur terpaksa membatalkan perlawanan ragbi antara England dengan Perancis yang sepatutnya berlangsung di Yokohama pada hujung minggu ini.

Perlawanan antara New Zealand dengan Itali di bandar Toyota turut terjejas. 

- Agensi berita/MM/ai

Top