Images
  • typhoon chanthu
    (Gambar: EPA)

Taufan Chanthu badai Filipina cetus banjir, jejas bekalan elektrik

MANILA: Beberapa kawasan di Filipina masih ditenggelami air bah dan terputus bekalan elektrik selepas taufan kuat membadai kepulauan timur laut negara itu, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Taufan Chanthu, kini semakin melepas selepas membadai wilayah timur laut Filipina termasuk gugusan pulau Batanes pada Sabtu, kata biro kaji cuaca negara itu.

"Taufan Chanthu adalah satu taufan paling kuat pernah saya alami," kongsi Dennis Ballesteros Valdez, seorang penduduk di bandar Sabtang, wilayah Batanes yang sering dipukul taufan kuat.

"Kesan kemusnahannya mungkin lebih teruk lagi jika tidak kerana rumah di sini dibina cukup kukuh,"katanya.

Rakaman yang dikongsi Encik Valdez menunjukkan angin kencang dan hujan membadai rumah di Sabtang pada pagi Sabtu.

Lebih 11,000 orang terjejas akibat taufan tersebut dengan 1,000 lagi masih di pusat perlindungan sementara.

Tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini.

Chanthu diturunkan dari ribut Kategori 5 kepada Kategori 3 sedang ia bergerak menghala ke Taiwan. 

- Reuters/SU/ha

Top