Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tasik bawah tanah ditemui di Marikh

Sebuah tasik bawah tanah yang besar ditemui buat pertama kali di planet Marikh

Anggaran Waktu Membaca:
Tasik bawah tanah ditemui di Marikh

(Gambar: NASA)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 02:00PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 02:03PM

WASHINGTON: Sebuah tasik bawah tanah yang besar ditemui buat pertama kali di planet Marikh, sekaligus meningkatkan kemungkinan terdapat lebih banyak sumber air malah kewujudan hidupan, menurut ahli astronomi antarabangsa, hari ini (26 Jul) yang dilaporkan Astro Awani.

Menurut laporan yang diketuai penyelidik Itali yang diterbitkan dalam jurnal sains Amerika Syarikat, ia terletak di bawah lapisan ais dan berkeluasan sekitar 20 kilometer.

Ia merupakan cecair terbesar pernah ditemui di planet merah tersebut.

"Ini adalah hasil yang mengagumkan, air di Marikh bukan suatu lopak sementara seperti penemuan terdahulu, tetapi sumber air berterusan untuk tempoh masa yang lama," kata Profesor Madya, Alan Duffy di Universiti Swinburne, Australia.

Marikh yang kini sejuk dan kering dipercayai pernah mempunyai persekitaran yang lembap serta pernah mempunyai beberapa sumber air serta tasik kira-kira 3.6 bilion tahun lalu.

Saintis kini sedang mencari tanda air kontemporari kerana penemuan sedemikian adalah kunci untuk mengupas misteri sama ada hidupan pernah wujud di planet merah itu.

Menurut laporan Astro Awani itu, air tasik berkenaan bagaimanapun tidak boleh diminum dan terletak hampir 1.5km di bawah permukaan berais dalam persekitaran dingin.

"Ini adalah penemuan penting yang luar biasa, dan terikat untuk meningkatkan spekulasi mengenai kehadiran organisme hidup di Planet Merah," kata Fred Watson, astronomi dari Australia.

Penemuan itu dibuat menggunakan peralatan radar Pengorbit Ekspres Marikh, milik Agensi Angkasa Eropah yang dilancarkan pada 2003, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan