Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tarif AS: China batal 2 rundingan dagangan di Washington

Perang dagangan antara China dengan Amerika Syarikat bertambah buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif AS: China batal 2 rundingan dagangan di Washington
Diterbitkan : 22 Sep 2018 04:47PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 04:52PM

BEIJING: Perang dagangan antara China dengan Amerika Syarikat bertambah buruk.

Beijing sudah membatalkan dua rundingan dagangan dengan Amerika Syarikat yang sepatutnya berlangsung di Washington minggu depan.

Washington bagaimanapun menegaskan meskipun rundingan itu dibatalkan, kedua-dua pihak masih berhubungan.

Beijing membatalkan rundingan-rundingan beberapa hari sebelum Pentadbiran Trump melaksanakan tarif ke atas import China.

Mulai Isnin ini (23 Sep), barangan import bernilai AS$200 bilion (S$273 bilion) dari China ke Amerika akan dikenakan cukai 10 peratus.

Beijing merancang untuk bertindak balas dengan mengenakan tarif AS$60 bilion (S$82 bilion) ke atas barangan yang diimport dari Amerika.

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan