Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tarif air Malaysia dijangka naik

Kadar tarif air Malaysia mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menyusun semula industri perkhidmatan bekalan air di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif air Malaysia dijangka naik

Gambar fail air paip. (Gambar: Voishmel/AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 05:13PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 05:21PM

KUALA LUMPUR: Kadar tarif air Malaysia mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menyusun semula industri perkhidmatan bekalan air di negara itu.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar berkata kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air bermutu serta menjamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan.

"Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan kami akan berunding dengan semua (kerajaan) negeri," katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel pada Selasa malam (8 Jan).

Beliau berkata kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kita telah mengemukakan rancangan perniagaan kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang kerajaan negeri berbincang antara mereka...ada tanda-tanda menunjukkan bahawa mereka (kerajaan negeri) setuju untuk menaikkan tarif air," katanya.

Kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza, katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan