Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tangan Sultan Johor melecur selepas memasak, mohon maaf tidak dapat bersalaman di acara Thaipusam nanti

 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini (29 Jan) menzahirkan perasaan dukacita apabila tidak dapat berjabat tangan dengan orang ramai khususnya masyarakat India pada perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Rabu (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Tangan Sultan Johor melecur selepas memasak, mohon maaf tidak dapat bersalaman di acara Thaipusam nanti

Sultan Ibrahim Iskandar. (Gambar: Johor State Government)

Diterbitkan : 29 Jan 2018 03:40PM Dikemas Kini : 29 Jan 2018 10:43PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini (29 Jan) menzahirkan perasaan dukacita apabila tidak dapat berjabat tangan dengan orang ramai khususnya masyarakat India pada perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Rabu (31 Mac).

Bagaimanapun, titah baginda, dirinya tetap akan menghadiri perayaan Thaipusam untuk bersama rakyat negeri itu, lapor Malaysiakini.

Bercakap kepada Royal Press Office (RPO) melalui laman Facebook, Sultan Ibrahim memaklumkan ini kerana tangan kanan baginda melecur ketika memasak pada Sabtu lalu (27 Jan).

"Tangan saya mengalami kesan melecur yang agak teruk ketika memasak. Oleh itu, saya tidak akan dapat bersalaman dengan orang ramai dan agak kurang sopan jika kita menyambut salam dengan tangan kiri. Saya berharap orang ramai akan memahami situasi ini.

"Namun, saya tetap akan menghadiri perayaan Thaipusam pada Rabu ini kerana tidak mahu mengecewakan rakyat saya," titah baginda.

Menurut laporan tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke majlis sambutan Thaipusam mewakili Sultan Ibrahim Iskandar di Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba Masai, lapor Malaysiakini.

Menurut Malaysiakini lagi, pada 2016, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama masyarakat setempat sempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Murugan di Renggam, Kluang. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan