Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tampar-menampar, pelajar 11 tahun maut di sekolah

Seorang budak lelaki 11 tahun meninggal dunia selepas bermain 'tampar-menampar' bersama rakannya di sekolah yang terletak di wilayah Punjab, Pakistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tampar-menampar, pelajar 11 tahun maut di sekolah

Petikan gambar video Tribune.

Diterbitkan : 02 May 2018 11:24AM Dikemas Kini : 07 May 2018 01:45AM

LAHORE: Seorang budak lelaki 11 tahun meninggal dunia selepas bermain 'tampar-menampar' bersama rakannya di sekolah yang terletak di wilayah Punjab, Pakistan.

Tragedi itu berlaku di Sekolah Tinggi Pemerintah Mian Channu, lapor Express Tribune. Bilal dan Aamir bercadang untuk bermain 'Thapar Kabaddi' semasa waktu rehat. Dalam permainan itu, mereka saling bertamparan antara satu sama lain.
Guru-guru dan kanak-kanak lain turut berkumpul untuk menyaksikan 'perlawanan' itu.

Video kejadian tersebut muncul baru-baru ini meskipun ia berlaku pada awal bulan April.

Ketika permainan baru bermula, kedua-dua budak itu menampar satu sama lain sekuat mungkin, lapor Tribune India. Malangnya, Bilal tidak dapat menahan tamparan kuat daripada Aamir di bahagian leher lalu rebah ke lantai.

Menurut Tribune India, tiada orang yang membantu untuk memberinya rawatan mahupun mengejarkannya ke hospital. Pasukan paramedik juga lambat sampai ke sekolah berkenaan dan hanya tiba selepas sekitar 30 minit.

Kematian Bilal dipercayai disebabkan kecuaian pihak sekolah dan polis. Menurut sumber-sumber, pihak sekolah gagal untuk membawa Bilal ke hospital secepat mungkin manakala polis tempatan tidak melakukan bedah siasat ke atas mangsa.

Thappar Kabaddi, juga dikenali sebagai Chanta Kabaddi, merupakan permainan yang sangat terkenal di kebanyakan bandar Punjab.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan