Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taman tema di Australia didenda jutaan dolar ekoran kematian pengunjung

Pemilik taman tema terbesar di Australia didenda Aus$3.6 juta (S$3.5 juta) pada Isnin kerana gagal melaksanakan langkah keselamatan yang menyebabkan empat orang maut ketika menaiki permainan air popularnya pada 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman tema di Australia didenda jutaan dolar ekoran kematian pengunjung

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 07:31PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 07:32PM

BRISBANE, AUSTRALIA: Pemilik taman tema terbesar di Australia didenda Aus$3.6 juta (S$3.5 juta) pada Isnin kerana gagal melaksanakan langkah keselamatan yang menyebabkan empat orang maut ketika menaiki permainan air popularnya pada 2016.

Dua wanita dan dua lelaki maut apabila rakit mereka bertembung di Thunder River Rapids di Dreamworld di Gold Coast, menyebabkan pendakwa raya mengemukakan tiga dakwaan terhadap pemilik, Ardent Leisure pada Jun.

Sebuah mahkamah Queensland mendapati syarikat itu melanggar peraturan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja tetapi tidak mengenakan denda maksimum Aus$4.5 juta (S$4.39 juta).

Ardent Leisure menyatakan bahawa pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf "tanpa syarat" dalam satu kenyataan kepada Bursa Sekuriti Australia.

Ahli lembaga syarikat dan pegawai eksekutifnya melahirkan rasa "simpati mendalam" kepada keluarga mangsa bagi "kehilangan besar yang dialami setiap satu daripada mereka akibat tragedi buruk yang berlaku di Dreamworld... dan penderitaan berterusan akibat kehilangan itu".

Syarikat itu yang berdepan dengan kritikan hebat kerana cuba membuka semula perniagaan sebelum upacara pengebumian diadakan menyatakan kepimpinan baru telah mendorong "rombakan menyeluruh" terhadap prosedur keselamatan di taman tema itu.

Ardent Leisure menyatakan pihaknya membayar ganti rugi kepada "kebanyakan" keluarga, pemberi bantuan kecemasan dan individu lain yang terkesan akibat tragedi itu dan sedang berusaha untuk menyelesaikan tuntutan yang tertunggak.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan