Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taliban minta syarikat penerbangan antarabangsa sambung semula khidmat ke Afghanistan

Pemerintah Taliban di Afghanistan pada Ahad (26 Sep) menyeru bagi penyambungan semula operasi penerbangan antarabangsa, menjanjikan kerjasama penuh dengan syarikat penerbangan dan menyatakan bahawa masalah di lapangan terbang Kabul sudah diselesaikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Taliban minta syarikat penerbangan antarabangsa sambung semula khidmat ke Afghanistan

Askar Taliban berkawal dekat lapangan terbang antarabangsa Kabul, Afghanistan pada 9 Sep 2021 (Gambar fail: Reuters/Agensi Berita Asia Barat (WANA))

Diterbitkan : 26 Sep 2021 07:56PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 08:01PM

KABUL: Pemerintah Taliban di Afghanistan pada Ahad (26 Sep) menyeru bagi penyambungan semula operasi penerbangan antarabangsa, menjanjikan kerjasama penuh dengan syarikat penerbangan dan menyatakan bahawa masalah di lapangan terbang Kabul sudah diselesaikan, menurut kementerian luar negara itu dalam satu kenyataan.

Pentadbiran baru Taliban telah meningkatkan usaha untuk membuka negara itu dan mendapat penerimaan antarabangsa setelah runtuhnya pemerintah yang disokong Barat bulan lalu.

Jumlah penerbangan yang membawa bantuan dan penumpang yang terhad sudah mula beroperasi dari lapangan terbang di Kabul.

Namun, perkhidmatan komersil biasa masih belum beroperasi semula sejak ditutup setelah puluhan ribu warga asing dan Afghanistan melarikan diri setelah Taliban mengambil alih kuasa di ibu kota itu.

Lapangan terbang tersebut, yang rosak semasa proses pemindahan, dibuka semula dengan bantuan pasukan teknikal dari Qatar dan Turki.

Meskipun beberapa syarikat penerbangan termasuk Pakistan International Airlines telah menawarkan khidmat terhad dan beberapa orang dapat menempah penerbangan, harganya dilaporkan jauh lebih tinggi dari biasa.

Jurucakap kementerian luar Abdul Qahar Balkhi berkata penggantungan operasi penerbangan antarabangsa telah menyebabkan ramai warga Afghanistan terkandas di luar negara dan juga menghalang orang dari pergi bekerja atau belajar.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan