Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taliban ikrar peruntuk kerusi pemerintah bagi wanita

Pemerintah Afghanistan akan melibatkan kaum wanita pada masa hadapan, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid.

Anggaran Waktu Membaca:
Taliban ikrar peruntuk kerusi pemerintah bagi wanita

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berucap di sidang media di Kabul pada 6 Sep 2021. (Gambar: WAKIL KOHSAR / AFP)

Diterbitkan : 09 Sep 2021 10:37AM Dikemas Kini : 09 Sep 2021 10:39AM

MOSCOW: Pemerintah Afghanistan akan melibatkan kaum wanita pada masa hadapan, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid.

Pada Selasa (7 Sep), Taliban mengumumkan pemerintah sementara Afghanistan, yang tidak membariskan menteri wanita, lapor Sputnik.

"Pemerintah ini adalah sementara. Kami akan ada jawatan untuk wanita dengan menghormati undang-undang Syariah. Ini adalah permulaan tetapi kami akan mencari kerusi untuk wanita. Mereka boleh menjadi sebahagian daripada pemerintah. Ini akan dilakukan di peringkat kedua," Mujahid memberitahu siaran BFMTV pada lewat Rabu.

Pada Rabu, penduduk Kabul mengadakan bantahan di kawasan Dashte Barchi di bahagian barat bandar itu. Mereka menuntut untuk memastikan bahawa ada penyertaan kaum Hawa dalam pemerintahan negara itu.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan