Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tajuddin didenda tidak pakai pelitup semasa sidang media

Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tajuddin Abdul Rahman dikompaun sebanyak RM1,500 (S$482) kerana gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara Malaysia pada 25 Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tajuddin didenda tidak pakai pelitup semasa sidang media

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 02:43PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 02:59PM

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tajuddin Abdul Rahman dikompaun sebanyak RM1,500 (S$482) kerana gagal memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara Malaysia pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kompaun dikenakan bagi kesalahan itu adalah di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 seperti disyaratkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 (S$482) akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Jun).

ACP Mohamad Zainal turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan Encik Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, tidak memakai pelitup sewaktu sidang media tersebut.

Antara yang turut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung tulisannya di Twitter berkaitan tindakan Encik Tajuddin itu. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan