Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan saksi pelangi hampir 9 jam

Anugerah dari langit. Begitulah kata-kata seorang profesor di Taiwan apabila beliau menyifatkan pelangi yang menurutnya paling lama bertahan di dunia setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Taiwan saksi pelangi hampir 9 jam

Para profesor universiti sedang mendapatkan bukti untuk serahkan bagi rekod dunia. (Gambar: Chinese Cultural University)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 07:58PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 11:17PM

TAIPEI: Anugerah dari langit. Begitulah kata-kata seorang profesor di Taiwan apabila beliau menyifatkan pelangi yang menurutnya paling lama bertahan di dunia setakat ini.

Pelangi tersebut bertahan selama lapan jam dan 58 minit - dari 6.57 pagi hingga 3.55 petang - berdasarkan rakaman dua profesor Universiti Budaya China (CCU) menurut laporan Taiwan News.

Profesor Chou Kun-hsuan dan Liu Ching-huang dari Jabatan Sains Atmosfera universiti itu sedang berusaha mengumpul segala bukti untuk diserahkan dalam permohonan bagi rekod dunia Guinness. Menurut BBC, sekiranya diluluskan, ia memecah rekod enam jam sebelum ini yang dicatat di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

Lebih 10,000 gambar dipetik dari dalam jabatan mereka dengan banyak lagi daripada para penuntut dimohon selepas empat jam pelangi itu bertahan untuk mengambil gambar dari sudut-sudut yang berbeza dan memuat naik di laman Facebook universiti tersebut.

Lebih menarik lagi, pada hari sebelumnya, mereka memantau sebuah pelangi yang melepasi rekod enam jam. Oleh itu, para profesor jabatan berkenaan sudahpun menyediakan peranti untuk memantau pelangi sehari selepasnya iaitu pada 30 Nov.

"Apabila kami memecah rekod selepas menjangkaui enam jam, saya susah untuk duduk dan makan tengahari.

"Saya sangat teruja," kata Profesor Chou.

Beliau turut menjelaskan kepada Taiwan News bahawa musim monsoun yang datang dari kawasan timur laut memerangkap kelembapan di udara sekaligus membuat pelangi bertahan dengan lama.

Kelembapan tersebut, berserta dengan hujan ringan yang tetap dan angin yang bertiup perlahan merupakan ciri-ciri yang terbaik bagi kemunculan pelangi di kawasan berkenaan.  

Sumber : Agensi berita/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan