Images
  • taiwan
    Mantan Pengerusi Parti Demokratik Progresif, Su Tseng-chang, dilantik sebagai perdana menteri baru Taiwan. (Gambar: Sam Yeh/AFP)

Taiwan lantik PM baru selepas kabinet letak jawatan

TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, hari ini (11 Jan) melantik mantan pengerusi Parti Demokratik Progresif, Su Tseng-chang, sebagai perdana menteri baru.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas Perdana Menteri William Lai dan seluruh kabinetnya meletak jawatan pada pagi tadi (11 Jan). 

Tindakan itu diambil sebagai respons kepada kekalahan parti Progresif Demokratik (DPP) dalam pilihan raya tempatan.

Peletakan jawatan Kabinet beramai-ramai itu dijangka disusuli dengan pelantikan para pemegang jawatan penting.

Pasukan baru yang bakal dilantik adalah penting bagi penakatan politik Presiden Tsai menjelang pilihan raya presiden pada tahun depan. Ini sedang Parti DPP, yang diterajui Presiden Tsai, menghadapi tekanan yang semakin hebat dari China.

Beijing sebelum ini mengancam untuk menggunakan kekerasan bagi menguasai sepenuhnya pulau tersebut.

- Reuters/MM/ai

Top