Images
  • Taiwan tentera
    Helikopter AH-1W Super Cobra digunakan dalam latihan tenteranya. (Gambar: Mandy Cheng/ AFP)

Taiwan adakan latihan tentera udara sedang hubungannya dengan China kian tegang

HUALIEN: Tentera darat Taiwan mengadakan latihan bersama dengan tentera udaranya, mematahkan pencerobohan musuh yang mahu menguasai Pelabuhan Hualien di bahagian timur.

Latihan ini menggunakan peluru-peluru hidup dan melibatkan juga jet-jet pejuang dan helikopter penggempur.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus latihan ini menggunakan senario pencerobohan dari pihak China, Kementerian Pertahanan Taiwan menegaskan ia bertujuan menunjukkan keazaman pulau itu untuk menjaga keselamatannya dan keamanan di Selat Taiwan.

Selat itu terletak antara Taiwan dengan China.

Beijing menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya yang kelak disatukan semula dengan China.

- AFP/MU/aq

Top