Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tahap keyakinan warga Filipina terhadap Duterte di paras terendah

Kepercayaan orang awam terhadap pemimpin Filipina Rodrigo Duterte merosot ke paras paling rendah semasa tempoh jawatannya sebagai presiden, menurut satu tinjauan pada Sabtu (8 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Tahap keyakinan warga Filipina terhadap Duterte di paras terendah

Rodrigo Duterte (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 08 Sep 2018 03:05PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 03:08PM

MANILA: Kepercayaan orang awam terhadap pemimpin Filipina Rodrigo Duterte merosot ke paras paling rendah semasa tempoh jawatannya sebagai presiden, menurut satu tinjauan pada Sabtu (8 Sep).

Meskipun demikian, Presiden Duterte masih mengekalkan rating 'sangat baik'.

Kepercayaan digunakan sebagai kayu ukur oleh peninjau bebas Social Weather Stations (SWS) untuk mengukur pendapat umum terhadap personaliti presiden.

Rating untuk Encik Duterter jatuh lapan mata pada suku kedua tahun ini kepada +57 mata berbanding +65 mata pada tinjauan sebelumnya. Ini markah terendah yang diraih Encik Duterte dalam sembilan tinjauan yang dijalankan sejak memegang jawatan pada Jun 2016.

Rating diberikan dengan menolak peratusan responden yang memilih 'kurang percaya' terhadap Encik Duterte, daripada peratusan mereka yang memilih 'sangat percaya'.

SWS meninjau 1,200 orang pada hujung Jun pada minggu yang sama apabila Encik Duterte memanggil Tuhan "bodoh" semasa mengkritik Gereja Katolik, sebagai respons terhadap golongan paderi kanan yang mengutuk kempen antidadah beliau yang mengorbankan ribuan nyawa.

Majoriti penduduk Filipina beragama Katolik.

Ketua Institut bagi Reformasi Politik dan Pengundian di Manila Ramon Casiple berkata, adalah biasa untuk rating seorang presiden untuk merosot selepas dua tahun memegang jawatan.

Tinjauan itu tidak menyuruh para responden untuk menjelaskan rating mereka. Encik Duterte sebelum ini meraih rating kepercayaan tinggi - paras tertinggi adalah +79 semasa baru menjadi presiden.

Encik Duterte tidak mengulas hasil tinjauan itu pada Sabtu dan pejabatnya belum membalas permintaan untuk memberi komen.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan