Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tabung Haji nafi laporan jemaah haji M'sia meninggal dunia akibat terowong sesak

Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia pada Selasa (13 Ogos) menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat.

Anggaran Waktu Membaca:
Tabung Haji nafi laporan jemaah haji M'sia meninggal dunia akibat terowong sesak

Lembaga Tabung Haji. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 10:56PM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 10:59PM

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia pada Selasa (13 Ogos) menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat.

Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya Tabung Haji menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik daripada melontar jamrah sebelum hujan lebat melanda Mina.

"Mesej yang tular di laman media sosial ini adalah tidak benar!" menurut kenyataan Tabung Haji di laman sosial Facebooknya pada Selasa.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Tabung Haji.

Awal daripada itu, Kementerian Ehwal Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan kejayaan menganjurkan ibadah haji tahun ini, dengan perjalanan lancar para jemaah antara Makkah dengan Arafah serta Muzdalifah dengan Mina.

Jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, pelan keselamatan pihak berkuasa berjalan lancar dan tiada laporan tentang kejadian tidak diingini.

Tahun ini hampir 2.5 juta jemaah dari dalam dan luar Saudi mengerjakan ibadah haji.

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan