Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syria yakin dapat tawan semula Ghouta Timur daripada pemberontak

Pemerintah Syria percaya tenteranya akan dapat menawan semula seluruh kawasan Ghouta Timur daripada tangan pihak pemberontak bersenjata tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2018 03:41PM Dikemas Kini : 04 Mar 2018 10:43PM

BEIRUT: Pemerintah Syria percaya tenteranya akan dapat menawan semula seluruh kawasan Ghouta Timur daripada tangan pihak pemberontak bersenjata tidak lama lagi.

Sejak Khamis lalu (1 Mac), tentera pemerintah Syria terus mara ke dalam Ghouta Timur dan kini menguasai semula sekitar 10% daripada kawasan di pinggir ibu kota Damsyik itu.

Tentera Syria dengan dibantu tentera Rusia membedil hebat Ghouta Timur sejak 18 Februari lalu.

Sepanjang tempoh dua minggu sejak berlakunya pertempuran sengit di kawasan ini, lebih 640 orang awam terbunuh, termasuk 150 kanak-kanak.

Ghouta Timur merupakan salah satu kubu kuat terakhir pemberontak bersenjata di Syria.

Pertempuran masih berterusan meskipun Majlis Keselamatan PBB meluluskan ketetapan agar gencatan senjata dikuatkuasakan selama 30 hari agar bantuan kemanusiaan dapat segera dikirim ke Ghouta Timur yang dikepung tentera Syria sejak tahun 2013.

Kira-kira 400,000 penduduknya kini amat memerlukan bekalan asas terutamanya makanan.

Para kakitangan perubatan pula terpaksa merawat mangsa-mangsa perang dengan bekalan ubat-ubatan yang amat terbatas.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan