Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah

Mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini (22 Jul) mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM1 juta (S$322,670) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah

Gambar fail: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman/Facebook

Diterbitkan : 22 Jul 2021 10:25AM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 10:28AM

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini (22 Jul) mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM1 juta (S$322,670) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Laman berita Astro Awani melaporkan tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun yang sama.

Semalam, agensi berita Bernama melaporkan menurut sumbernya bahawa Syed Saddiq akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Menurut sumber, kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020, dedah Bernama.

Astro Awani pada Khamis memetik laporan media sebelum ini yang menyatakan siasatan ke atas Ahli Parlimen Muar itu dijalankan sejak Jun lalu selepas pihak berkuasa menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 (S$80,670) dalam simpanannya yang dipercayai adalah wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti berkenaan.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya itu adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya, tambah Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan