Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syed Saddiq ajak bekas lawan bangunkan Muar, golongan muda bersama

Pemenang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini (10 Mei) mengajak bekas lawannya bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk bekerjasama dengan beliau membangunkan daerah itu.  

Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq ajak bekas lawan bangunkan Muar, golongan muda bersama

Gambar: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman/Facebook

Diterbitkan : 10 May 2018 08:02PM Dikemas Kini : 10 May 2018 08:05PM

MUAR: Pemenang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini (10 Mei) mengajak bekas lawannya bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk bekerjasama dengan beliau membangunkan daerah itu.  

Encik Syed Saddiq berkata bahawa diri beliau tidak akan sekali-kali mengamalkan politik dendam.

Malah, pemuda itu menganggap bekas lawan daripada UMNO dan PAS itu mempunyai peranan masing-masing dalam rancangan pembangunan Muar dan Malaysia.

"Kepada lawan saya di Muar, saya menghulur tangan persahabatan dan kerjasama ke arah membangunkan dan memajukan Muar sebagai Mutiara Johor. 

"Saya percaya impian dan harapan saya menjadikan Muar sebagai enjin ekonomi Utara Johor akan lebih cerah andai kerjasama erat dicapai antara semua," kata beliau. 

CEBURI POLITIK DEMI ANAK MUDA

Lulusan Sarjana Muda Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  itu turut menjelaskan bahawa  penglibatannya dalam politik bukan  untuk mendapatkan  kedudukan  tetapi untuk membela anak muda. 

"Saya masuk untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat supaya tidak akan ada mana-mana pemimpin politik atau parti politik yang akan terlalu berkuasa. 

"Saya masuk untuk memastikan Malaysia bangkit sekali lagi sebagai harimau Asia. Bersama-sama, kita boleh lakukan yang mustahil wahai saudara senegaraku,” kata anak muda yang pernah bergelar Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali itu.

DAPAT SOKONGAN KHAIRY

Dalam pada itu, Astro AWANI melaporkan bahawa mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersedia untuk menyerahkan tugasnya memimpin golongan belia Malaysia kepada Encik Syed Saddiq.

Menerusi laman Twitternya, Encik Khairy berharap Ketua PPBM yang berusia 26 tahun itu dapat memimpin golongan belia dengan baik.

Catatan Twitter Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional itu adalah sebagai respons Encik Syed Saddiq yang mengucapkan terima kasih atas usaha beliau memimpin belia Malaysia.

Dalam catatan Twitter itu, Syed Saddiq turut meluahkan harapan agar dapat bekerjasama dengan Encik Khairy berhubung pembangunan golongan belia di Malaysia, lapor Astro Awani.

Mujur, beberapa netizen yang turut menyatakan harapan agar kedua-dua pemimpin muda itu bersatu untuk membentuk dan membangunkan golongan belia.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan