Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sydney longgarkan lagi sekatan COVID-19 pada 8 Nov

Bandar terbesar Australia, Sydney, akan melonggarkan lagi sekatan jarak selamat pada Isnin (8 Nov), sebulan selepas perintah berkurung hampir 100 hari tamat, menurut pegawai. Ini selepas hampir 90 peratus penduduk lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Anggaran Waktu Membaca:
Sydney longgarkan lagi sekatan COVID-19 pada 8 Nov

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Nov 2021 03:51PM Dikemas Kini : 07 Nov 2021 03:57PM

REUTERS: Bandar terbesar Australia, Sydney, akan melonggarkan lagi sekatan jarak selamat pada Isnin (8 Nov), sebulan selepas perintah berkurung hampir 100 hari tamat, menurut pegawai. Ini selepas hampir 90 peratus penduduk lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Walaupun dihadkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksin, kelonggaran di wilayah New South Wales, di mana terletaknya Sydney, antara lain termasuk menarik balik had ke atas bilangan tetamu yang datang ke rumah dan perhimpunan di di luar.

"Kami memimpin negara keluar daripada pandemik," kata ketua menteri wilayah Dominic Perrottet, sambil menyeru penduduk bagi "usaha terakhir"mencapai, bahkan melepasi, kadar vaksinasi 95 peratus.

Beberapa ratus orang mengadakan tunjuk perasaan anti-vaksin di Sydney pada Ahad, namun bantahan sedemikian hanya segelintir sahaja di Australia, yang mana tinjauan pendapat menunjukkan bahawa pihak yang membantah vaksinasi berjumlah satu angka.

Wilayah tenggara Victoria melaporkan sebilangan besar daripada 1,417 kes baru COVID-19 di Australia, dengan perangkaan kesihatan awam menunjukkan 10 lagi kematian.

Tiada jangkitan baru di Wilayah Utara yang terpencil, di mana sekatan segera dilanjutkan sehingga tengah malam pada 8 November untuk menangani penularan kecil di beberapa kawasan.

Australia melepasi paras 80 peratus vaksinasi lengkap pada Sabtu.

"Ini sepatutnya memberi kita keyakinan dari segi membuka semula (negara)," kata Menteri Kewangan persekutuan Simon Birmingham kepada saluran Channel 9 dalam satu temu bual pada Ahad.

Australia melonggarkan sekatan sempadan antarabangsa pada 1 November buat kali pertama sejak pandemik melanda, tetapi hanya untuk penduduk yang lengkap divaksin yang datang dari negara yang mempunyai tahap vaksinasi yang tinggi.

Bagaimanapun perjalanan dalam negara masih terbatas, memandangkan kebanyakan negeri dan wilayah masih menutup sempadannya. Wilayah Australia Barat akan dibuka semula apabila mencapai tahap 90 peratus yang lengkap dua dos vaksin, kata ketua menterinya.

Walaupun penularan varian Delta yang membawa kepada penutupan selama berbulan-bulan di dua bandar terbesar Sydney dan Melbourne, jumlah jangkitan COVID-19 di Australia jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara maju, iaitu sekitar 180,000 kes dan 1,597 kematian. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan