Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat telko gantung tugas pekerja selepas video tular

Syarikat telko Malaysia, Maxis, menyatakan bahawa seorang kakitangan tugas selepas video yang menunjukkan tindakannya menengking dua pekerja termasuk seorang yang hamil, menjadi tular.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat telko gantung tugas pekerja selepas video tular

Petikan gambar dari video yang tular.

Diterbitkan : 01 Oct 2018 02:13PM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 05:41PM

KUALA LUMPUR: Syarikat telko Malaysia, Maxis, menyatakan bahawa seorang kakitangan digantung tugas selepas video yang menunjukkan tindakannya menengking dua pekerja termasuk seorang yang hamil, menjadi tular.

Video selama hampir dua minit itu memaparkan wanita terbabit, menengking dua individu, dipercayai akibat gagal mematuhi arahan serta tugasan.

Menurut agensi berita New Straits Times, wanita tersebut menyandang jawatan pengurusan.

"Kamu duduk di sini dan kirim SMS sekarang!" jerit wanita itu kepada salah seorang rakan sekerjanya.

"Tengok sini, kamu ingin dipecat? Kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya?"

Beliau kemudian memandang seorang lagi kakitangan, yang sedang hamil, lalu dengan nada yang tinggi berkata: "Tengok saya... apa yang kamu pandai buat?"

Beliau dilihat menuding jarinya ke arah wajah dua rakan sekerja itu sambil menengking mereka.

Video, yang dimuat naik di laman Facebook 'Malaysia News Station', ditonton dan dikongsi ramai pengguna. Ia turut mengundang reaksi negatif daripada orang ramai.

Dalam satu kenyataan, Maxis menyatakan bahawa ia tahu tentang video tersebut.

"Kami kesal dengan insiden ini yang kini dalam siasatan. Kakitangan terbabit sudah digantung tugas," menurut Maxis.

"Insiden ini tidak mencerminkan nilai syarikat, iaitu mewujudkan ruang kerja yang positif dan merangsang kerjasama bagi semua kakitangan kami. Kami sudah menghubungi pekerja yang terjejas dan menyatakan rasa kesal terhadap kejadian itu."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan