Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat teknologi AS boleh pertimbang uji inovasi di S'pura: S Iswaran

Beberapa syarikat teknologi terbesar dan yang terbaru sedang mempelajari ekosistem 5G Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2019 05:21PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 11:15PM

SAN FRANCISCO: Beberapa syarikat teknologi terbesar dan yang terbaru sedang mempelajari ekosistem 5G Singapura.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran yang kini di San Francisco dan Sillicon Valley bertemu dengan para pembuat keputusan di syarikat-syarikat teknologi terkemuka dan pemula.

Encik Iswaran mengajak syarikat-syarikat itu untuk menguji inovasi masing-masing ke atas ekosistem teknologi 5G Singapura.

Semasa berkunjung ke syarikat Microsoft di San Francisco, Encik Iswaran berkata beliau mahu memahami bagaimana syarikat-syarikat teknologi melihat peluang-peluang di Asia dan bagaimana mereka melihat potensi untuk bekerjasama dengan Singapura.

Encik Iswaran juga menyaksikan demonstrasi Hololens Microsoft, wadah realiti bercampur-campur yang meletakkan objek digital ke alam nyata.

Microsoft menyatakan teknologi 5G akan menjadi pemacu teknologi masa depan dan Singapura sedang memainkan peranan penting memandangkan negara ini merupakan hab yang terhubung dengan banyak negara di Asia Tenggara.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan