Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat M'sia FGV kecewa larangan AS terhadap produk minyak sawit

Syarikat pengeluar minyak sawit Malaysia FGV Holdings mengambil langkah untuk menangani tuduhan bahawa pihaknya menggunakan buruh paksa dan kecewa dengan larangan Amerika Syarikat ke atas import produknya berhubung dakwaan tersebut, kata syarikat itu pada Khamis (1 Okt)

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat M'sia FGV kecewa larangan AS terhadap produk minyak sawit

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 03:26PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 03:28PM

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar minyak sawit Malaysia FGV Holdings mengambil langkah untuk menangani tuduhan bahawa pihaknya menggunakan buruh paksa dan kecewa dengan larangan Amerika Syarikat ke atas import produknya berhubung dakwaan tersebut, kata syarikat itu pada Khamis (1 Okt)

Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat mengenakan larangan ke atas produk FGV pada Rabu selepas siasatan selama setahun yang menurut agensi tersebut menunjukkan penderaan, penipuan, keganasan fizikal dan seksual, perbuatan menakut-nakutkan dan penyimpanan dokumen pengenalan diri.

FGV adalah pengeluar terbesar di dunia bagi minyak kelapa sawit, yang digunakan dalam pelbagai barangan dari makanan hingga kosmetik. Sebelum ini, syarikat itu dan para pembekal lain pernah menghadapi tuduhan pencabulan hak asasi manusia.

"FGV kecewa kerana keputusan sedemikian dibuat ketika FGV mengambil langkah kukuh selama beberapa tahun lalu dalam menunjukkan komitmennya untuk menghormati hak asasi manusia dan untuk menegakkan piawaian buruh," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu menyatakan bahawa semua isu yang dibangkitkan telah menjadi bahan wacana umum sejak 2015 dan pihaknya telah mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan, yang "didokumentasikan dan tersedia secara umum."

FGV akan terus berhubungan dengan CBP untuk membersihkan namanya, tambah syarikat itu.

Saham FGV turun sebanyak 6.1 peratus pada waktu pembukaan perdagangan.

CBP menyatakan ia tidak dapat mendedahkan jumlah import oleh FGV tetapi larangan itu "tidak akan membawa kesan yang besar terhadap jumlah keseluruhan import minyak sawit dan produk minyak sawit Amerika Syarikat".

Amerika Syarikat mengimport produk minyat sawit bernilai AS$147 bilion (S$200.42 bilion) sejak Ogos 2018, menurut CBP dalam satu emel.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan