Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat 'KON' saman Apple atas dakwaan langgar hak cipta logo

Sebuah syarikat pakaian China menyaman gergasi telekomunikasi Apple atas dakwaan pelanggaran hak cipta berkaitan logo Apple App Store yang baru. Demikian menurut laporan agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan sebuah mahkamah di Beijing semalam (25 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat 'KON' saman Apple atas dakwaan langgar hak cipta logo

(Gambar fail: Josh Edelson/ AFP).

Diterbitkan : 27 Dec 2017 08:13AM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 08:20AM

BEIJING: Sebuah syarikat pakaian China menyaman gergasi telekomunikasi Apple atas dakwaan pelanggaran hak cipta berkaitan logo Apple App Store yang baru. Demikian menurut laporan agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan sebuah mahkamah di Beijing semalam (25 Dis).

Syarikat pakaian yang menggunakan jenama 'KON' itu mendakwa logo Apple App Store menyerupai logonya, yang digunakan sebagai tanda niaga dagangan sejak 2011 dan didaftar pada 2012.

KON menuntut ganti rugi berjumlah 100,000 yuan (S$20,528), satu perintah injunksi terhadap penggunaan logo itu dalam peranti seperti iPhone dan iPad serta permohonan maaf daripada Apple secara terbuka.

Kedua-dua logo menampilkan rekaan kayu yang saling bertindih dan membentuk segi tiga.

Apple menggantikan logo lama, yang terdiri daripada sebatang pensil, pembaris dan berus lukisan, dengan reka bentuk terkini yang digunakan pada peranti iOS dan MacOS tahun ini.

Kon mendakwa kedua-dua logo kelihatan serupa jika dilihat oleh pelanggan biasa.

Dilancarkan pada 2009, KON merupakan sebuah syarikat pakaian yang berpangkalan di Beijing dan menyasarkan golongan muda sebagai pelanggan.

Syarikat itu mendakwa rekaan logo berkenaan diilhamkan oleh penyanyi Johnny Rotten dari band ‘The Sex Pistols’.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan