Images
  • redzuan yusof
    Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia Mohd. Redzuan Md. Yusof (Gambar: Bernama)

Syarikat gelatin halal China buka loji di Melaka

SEPANG: Syarikat gelatin halal terbesar di Wilayah Gansu, China, Gansu Amin Bio Halal Gelatin Co. Ltd. (Aminbio) akan membuka loji pembuatan di Melaka yang dijangka mampu menarik nilai pelaburan sehingga RM1.02 bilion (S$340.70 juta).

Utusan Online melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia Mohd. Redzuan Md. Yusof sebagai berkata, syarikat itu merancang membina loji berkenaan membabitkan dua fasa yang sekali gus bakal membuka kira-kira 2,200 peluang pekerjaan.

“Amin Bio adalah sebuah syarikat yang berkembang dengan sangat baik selain mereka berkembang pesat dalam memanfaatkan pasaran dunia berkaitan produk halal," kata Encik Mohd Redzuan seperti ditukil Utusan.

“Mereka memerlukan bantuan Malaysia sebagai pemudah cara supaya projek berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin,” tambah beliau.

Utusan Online melaporkan Encik Mohd Redzuan berkata demikian di satu sidang akhbar selepas pulang dari lawatan kerja ke China bersama Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa (21 Ogos).

- Agensi berita/TQ/tq

Top