Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat digalak sedia produk antiseptik di tempat awam; HFMD cecah 35,000 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia galak syarikat pengeluar produk antiseptik untuk sediakan sabun di tempat-tempat awam

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat digalak sedia produk antiseptik di tempat awam; HFMD cecah 35,000 kes

(Gambar hiasan: NUS)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 07:51AM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 07:53AM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan syarikat pengeluar produk antiseptik untuk secara sukarela menyediakan sabun di tempat-tempat awam, seperti pusat membeli-belah, bagi mengawal penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), menurut satu laporan Astro Awani.

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang membangunkan satu pelan tindakan bersama agensi berkaitan untuk memastikan perkara ini terkawal.

"Antara langkah-langkah yang dipersetujui termasuk mempergiatkan dan mempromosikan kesihatan dan pencegahan di sekolah, tadika dan tajaka.

"Selain itu, kami juga mementingkan proses saringan supaya penyakit ini dapat dikawal daripada merebak," kata Dr Dzulkefly ketika ditemui di lobi Parlimen Malaysia, semalam.

Menurut laporan Astro Awani, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya menyasarkan taman permainan untuk menjalankan proses pembersihan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu mengawal penularan penyakit ini.

"Kita memandang serius perkara ini dan berharap dengan langkah yang diambil akan dapat membantu dalam meredakan penularan penyakit ini," kata beliau.

Menurut Astro Awani yang menukil Dr Dzulkefly, sejauh ini sebanyak 35,000 kes direkodkan dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan