Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suu Kyi berdepan tuduhan rasuah baru

Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi berdepan dengan tuduhan rasuah baru daripada junta tentera. Menurut peguamnya, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali tetapi akan memastikan Cik Suu Kyi tidak akan dapat kembali ke bidang politik.

Anggaran Waktu Membaca:
Suu Kyi berdepan tuduhan rasuah baru

Para penyokong meraikan kemenangan Cik Aung San Suu Kyi dalam Pilihan Raya Myanmar. (Gambar: Ye Aung Thu/AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2021 05:34PM Dikemas Kini : 18 Mar 2021 05:38PM

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi berdepan dengan tuduhan rasuah baru daripada junta tentera. Menurut peguamnya, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali tetapi akan memastikan Cik Suu Kyi tidak akan dapat kembali ke bidang politik.

Rejim tentera yang baru sudah mendakwa Cik Suu Kyi dengan beberapa tuduhan jenayah sejak pemenang Nobel keamanan itu ditahan bersama pemimpin politik lain bulan lalu. Ini termasuk tuduhan memiliki walkie-talkie tanpa kebenaran dan melanggar sekatan COVID-19.

Pada Rabu malam, stesen televisyen tentera Myawady menyiarkan video seorang peniaga Myanmar mengaku memberikan sejumlah AS$550,000 (S$738,000) kepada Cik Suu Kyi selama beberapa tahun.

Maung Weik berkata, dia menyumbang wang kepada tokoh kanan pemerintah bagi faedah perniagaannya.

"Aung San Suu Kyi melakukan rasuah dan (pihak berkuasa) akan mengemukakan pendakwaan mengikut undang-undang antirasuah," demikian lapor stesen itu.

Ia bukan kali pertama tuduhan rasuah dibuat terhadap pemimpin itu.

Minggu lalu, seorang jurucakap junta berkata, seorang ketua menteri yang kini ditahan mengaku memberikannya AS$600,000 (S$805,000) dan lebih 10 kilogram jongkong emas.

"Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," kata peguam Cik Suu Kyi, Khin Maung Zaw kepada AFP.

"Aung San Suu Kyi mungkin mempunyai kelemahan, tetapi menerima rasuah bukanlah sifat beliau," katanya sambil menambah kebanyakan rakyat Myanmar tidak akan mempercayai tuduhan itu.

Para penunjuk perasaan kembali berhimpun di jalan-jalanraya dengan beberapa dari mereka menguji lastik raksasa di Yangon.

Semalam (18 Mac) merupakan hari paling berdarah sejak rampasan kuasa itu.

Kumpulan pemantau tempatan, Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik melaporkan lebih 70 kematian di seluruh negara 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan