Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Susu jenama Bear jadi rebutan di Indonesia, didakwa boleh lindungi daripada COVID-19

Orang ramai berpusu-pusu membeli jenama susu Bear di Indonesia sepanjang hujung minggu lalu setelah tular desas-desus bahawa minuman itu kononnya boleh meningkatkan penghasilan antibodi seseorang bagi menghindari jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Susu jenama Bear jadi rebutan di Indonesia, didakwa boleh lindungi daripada COVID-19

Petikan video menunjukkan susu jenama Bear jadi rebutan di Indonesia, didakwa boleh lindungi daripada COVID-19 (Gambar: viral_seleb/Instagram)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 11:55PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 11:58PM

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpusu-pusu membeli jenama susu Bear di Indonesia sepanjang hujung minggu lalu setelah tular desas-desus bahawa minuman itu kononnya boleh meningkatkan penghasilan antibodi seseorang bagi menghindari jangkitan COVID-19.

Portal Coconuts Jakarta melaporkan beberapa video yang tular di Indonesia menunjukkan para pembeli-belah berebut dan berasak-asak untuk mendapatkan karton susu steril jenama Bear Brand keluaran Nestle.

Sedang permintaan bagi minuman itu melonjak, para penjual semula meletakkan harga melambung setinggi 50,000 rupiah (S$4.60) berbanding harga asalnya 9,000 rupiah (S$0.80).

Syarikat pengeluaran susu tersebut, Nestle, menyatakan ia terikat dengan kenaikan harga itu tetapi berikrar untuk memastikan bekalan yang mencukupi dalam pasaran bagi mengekalkan harga yang stabil.

Menurut Persatuan Perubatan Indonesia, jenama susu berkenaan tidak membunuh koronavirus dan ia mengandungi khasiat pemakanan yang sama dengan mana-mana susu biasa.

Ketua pasukan bertindak COVID-19 persatuan tersebut, Encik Zubairi Djoerban, dinukil sebagai berkata: "Teruskan jika anda mahu minum susu Bear Brand atau susu tepung. Tiada yang lebih baik daripada yang lain kecuali susu pekat manis yang rendah protin."

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa bagi mendapatkan zat pemakanan yang lengkap, lebih baik untuk memakan sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat, vitamin serta zat galian dan bukan sekadar susu. 

Sumber : Today/Agensi berita/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan