Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Susu dikesan tercemar, tidak masuk pasaran Malaysia

Danone Dumex Malaysia menegaskan produk susu Mamil Gold Formula 850 gram yang dipasarkan di Singapura tidak memasuki pasaran di Malaysia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Susu dikesan tercemar, tidak masuk pasaran Malaysia

(Gambar: AVA)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 05:01PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 05:04PM

KUALA LUMPUR: Danone Dumex Malaysia menegaskan produk susu Mamil Gold Formula 850 gram yang dipasarkan di Singapura tidak memasuki pasaran di Malaysia.

Menurut Astro Awani, penjualan jenama susu formula itu ditarik balik selepas satu sampel di Singapura dikesan mengandungi bakteria Cronobacter sakazakii.

Dalam satu kenyataan hari ini (21 Ogos), Danone Dumex Malaysia menjelaskan bahawa produk itu dihasilkan hanya untuk pasaran di Singapura dan bukan di Malaysia, lapor Astro Awani.

“Produk Mamil Gold Formula 850 gram dibuat di Malaysia tetapi hanya untuk pasaran di Singapura. Tiada penjualan produk susu ini di Malaysia. Insiden itu hanya melibatkan beberapa sampel sahaja.

“Kami juga ingin mengesahkan bahawa Dumex Singapore sudah menarik balik beberapa kumpulan (batch) pengeluaran dari pasaran,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, syarikat itu memandang serius terhadap isu kebersihan dan kualiti produk mereka, lapor Astro Awani lagi.

Buat masa ini, Dumex Singapore sedang bekerja rapat dengan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) Singapura berkaitan kes ini. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan