Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek serangan masjid New Zealand mengaku bersalah atas kesemua 51 tuduhan

Rakyat Australia yang dituduh membunuh 51 jemaah dalam pembunuhan beramai-ramai ke atas dua masjid di New Zealand mengaku bersalah hari ini (26 Mac) terhadap semua tuduhan yang sebelum ini dinafikannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek serangan masjid New Zealand mengaku bersalah atas kesemua 51 tuduhan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 10:23AM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 10:25AM

WELLINGTON: Rakyat Australia yang dituduh membunuh 51 jemaah dalam pembunuhan beramai-ramai ke atas dua masjid di New Zealand mengaku bersalah hari ini (26 Mac) terhadap semua tuduhan yang sebelum ini dinafikannya.

Brenton Tarrant, 29 tahun sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 daripadanya bagi percubaan membunuh dan satu lagi atas pelibatannya dalam tindakan npengganas tetapi kemudian mengubah rayuannya selepas satu perbicaraan mahkamah yang diadakan secara tergesa-gesa.

"Ya, bersalah," kata Tarrant kepada Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi pautan video daripada Penjara Auckland.

Tarrant yang memakai baju berwarna kelabu, merenung tajam ke arah kamera ketika mengemukakan rayuannya.

Tiada sebab yang diberikan atas keputusan untuk mengaku bersalah itu, yang bermakna Tarrant tidak lagi perlu dibicarakan bagi insiden tembakan itu.

Hakim Cameron Mander yang merekodkan pengakuan tersebut berkata Tarrant akan dijatuhkan hukuman pada tarikh yang belum lagi ditetapkan.

"Pengakuan bersalah itu merupakan satu langkah signifikan kepada kesudahan perbicaraan jenayah ini," katanya.

Rayuan itu dibuat sedang New Zealand diletakkan di bawah perintah berkurung selama empat minggu disebabkan oleh penularan COVID-19.

Hakim Mander mengatakan hukuman tidak dapat diputuskan selagi sistem mahkamah belum kembali beroperasi seperti biasa.

"Ia akan diputuskan apabila semua mangsa dan keluarga mereka dapat datang ke mahkamah," katanya.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan