Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek serangan Jambatan London bekas tahanan kegiatan pengganas

Polis Britain mengesahkan lelaki yang menikam dua orang hingga mati, dekat Jambatan London semalam (29 Nov), merupakan seorang bekas tahanan yang melakukan kesalahan berkaitan pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek serangan Jambatan London bekas tahanan kegiatan pengganas

(Gambar: Peter Nicholls/Reuters)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 04:16PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 04:20PM

LONDON: Polis Britain mengesahkan lelaki yang menikam dua orang hingga mati, dekat Jambatan London semalam (29 Nov), merupakan seorang bekas tahanan yang melakukan kesalahan berkaitan pengganasan.

Tiga orang lagi cedera dalam serangan itu.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Usman Khan, dibebaskan di bawah perintah probesyen pada tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara enam tahun.

Khan, 28 tahun, ditembak mati oleh polis setelah ditahan oleh orang awam.

Sebilangan agensi media Britain melaporkan, lelaki itu memakai gelang elektronik pada kakinya.

Khan juga dilaporkan memakai jaket bom nekad palsu.

Menyusuli serangan itu, Perdana Menteri Britain Boris Johnson mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa darurat kerajaan atau COBRA.

Menurut Encik Johnson, beliau telah lama menegaskan bahawa langkah membebaskan penjenayah ganas dan serius lebih awal adalah satu kesilapan.

Latar belakang penyerang itu kini menimbulkan banyak tanda tanya tentang khidmat keselamatan melibatkan agensi-agensi kerajaan.

Serangan itu berlaku kurang sebulan selepas Britain menurunkan paras ancaman pengganasan di negara itu.

Ia juga serangan kedua di kawasan berdekatan Jambatan London dalam masa dua tahun.

Dalam serangan pada tahun 2017 itu, lapan orang mati apabila tiga orang militan yang memandu sebuah van merempuh orang ramai. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan