Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek rompakan bank Standard Chartered akan diserah balik ke S'pura: Laporan

David James Roach, yang disyaki merompak sebuah bank Standard Chartered pada 2016, diarahkan dihantar balik ke Singapura, menurut laporan media Kanada pada Rabu (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek rompakan bank Standard Chartered akan diserah balik ke S'pura: Laporan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 02:25PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 02:26PM

LONDON: David James Roach, yang disyaki merompak sebuah bank Standard Chartered pada 2016, diarahkan dihantar balik ke Singapura, menurut laporan media Kanada pada Rabu (12 Feb).

Perkembangan terbaru itu berlaku selepas rayuan Roach di mahkamah tinggi di London ditolak minggu lalu, lapor akhbar Kanada, The Chronicle Herald.

Roach sebelum ini mengemukakan rayuan berkaitan dengan hak asasi manusia tetapi rayuannya ditolak pada Ogos 2018.

Namun, tidak diketahui bila Roach akan diserah balik.

"Kami tidak akan menyediakan maklumat tentang bila ia akan berlaku atau siapa yang akan mengiringinya," kata seorang jurucakap polis London.

Menurut laporan itu lagi, peguam Roach juga enggan memberi komen apabila dihubungi.

Menurut laman Pemerintah UK, seseorang lazimnya akan diserah pulang dalam tempoh 10 hari setelah perintah mahkamah yang muktamad.

Namun, tempoh waktu boleh dilanjutkan dalam "keadaan luar biasa dan dengan persetujuan negara yang memohon".

Laporan itu menambah Kanada akan terus menyediakan bantuan konsular kepada Roach.

"Pegawai Kanada mengemukakan kes ini secara langsung kepada pemerintah Britain dan sedang memantau perkembangannya secara rapi," kata Angela Savard, jurucakap bagi Global Affairs Canada.

"Akibat peraturan dalam Akta Privasi, tiada maklumat lanjut boleh didedahkan."

Pada 2018, Pemerintah Singapura bersetuju bahawa hukuman fizikal tidak akan dilaksanakan jika Roach didapati bersalah oleh mahkamah Singapura.

Roach, pada waktu itu berusia 28 tahun, didakwa mencuri S$30,000 daripada sebuah cawangan bank Standard Chartered di Holland Village pada Julai 2016.

Rakyat Kanada itu kemudian melarikan diri ke Thailand dan dikenakan hukuman penjara selama 14 bulan kerana gagal mengisytiharkan jumlah wang yang besar itu.

Singapura meminta pihak berkuasa Thailand menghantar Roach ke Singapura untuk didakwa namun, Thailand memutuskan untuk menghantarnya pulang ke Kanada.

Roach sedang dalam perjalanan ke Kanada apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Heathrow di London oleh para pegawai Unit Ekstradisi Polis Metropolitan pada 11 Jan.

Singapura meminta Roach dihantar balik atas satu tuduhan merompak dan satu tuduhan pengubahan wang haram. Kedua-dua kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan