Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek maut, 20 cedera serangan tembakan di pesta seni AS

Seorang suspek mati ditembak manakala 20 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pesta seni di New Jersey.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek maut, 20 cedera serangan tembakan di pesta seni AS

Pegawai polis di tempat insiden berlaku di Pasar Roebling. (Gambar: DOMINICK REUTER/AFP)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 08:32AM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 08:34AM

TRENTON, NEW JERSEY: Seorang suspek mati ditembak manakala 20 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pesta seni di New Jersey.

Menurut laporan akhbar Los Angeles Times, insiden itu berlaku pada 3.00 pagi semalam (17 Jun) di Pesta Seni Sepanjang Malam di Trenton.

Leftenan Polis Darren Zappley dipetik sebagai berkata bahawa beberapa orang dibawa ke hospital. NBC Philadelphia pula melaporkan bahawa salah seorang suspek lelaki berusia 33 tahun, terbunuh dan seorang suspek lain ditahan polis.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa beberapa individu yang menghadiri acara Seni Sepanjang Malam itu melepaskan tembakan di lokasi … Beberapa senjata ditemui,” kata Pendakwa Raya Mercer County Angelo Onofori dalam satu sidang media.

Antara mangsa yang cedera termasuk remaja lelaki berusia 13 tahun yang menurut Encik Onofri kini dalam keadaan sangat kritikal. Beliau menambah bahawa lebih 1,000 orang dipercayai berada di pesta itu apabila keganasan tercetus.

Encik Onofri selanjutnya berkata bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada suspek mati ditembak polis atau akibat tembakan suspek-suspek lain. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan