Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek kes bunuh di stesen minyak Johor dikesan di Thailand

Beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru yang viral Disember tahun lepas, dikesan melarikan diri ke Thailand dan bersembunyi di negara jiran itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kes bunuh di stesen minyak Johor dikesan di Thailand

Para penyiasat di tempat kejadian di mana seorang lelaki dibunuh di Taman Pelangi, Johor pada 17 Disember. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Jan 2018 10:46AM Dikemas Kini : 11 Jan 2018 10:48AM

BANGKOK: Beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru yang viral Disember tahun lepas, dikesan melarikan diri ke Thailand dan bersembunyi di negara jiran itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, usaha sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap mereka menerusi bantuan Polis Diraja Thailand (RTP).

"Kami percaya beberapa orang daripada mereka melarikan diri ke sana. Kita sudah mendapat rekod kemasukan mereka (ke Thailand) dan seorang daripada yang diburu itu adalah suspek utama (kes berkenaan)," katanya.

Pihak Bukit Aman, menurutnya, yakin kesemua suspek yang melarikan diri ke Thailand itu akan berjaya dijejaki dan seterusnya ditangkap serta dibawa balik ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Hanya tunggu masa sahaja (penangkapan suspek yang melarikan diri ke Thailand)," katanya. Menurutnya lagi, selain rekod kemasukan ke Thailand, pihak Bukit Aman juga mempunyai foto serta pelbagai maklumat dan dokumen mereka.

Ini ditambah pula reaksi balas yang amat positif daripada pihak RTP terhadap permintaan bantuan daripada Bukit Aman untuk memburu dan menangkap kesemua suspek yang kini bersembunyi di Thailand itu.

Encik Wan Ahmad juga mengatakan bahawa timbalannya serta pegawai perhubungan Polis Diraja Malaysia di Thailand akan bekerjasama untuk mengesan dan menangkap kesemua suspek di Thailand. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan