Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek kes bunuh bapa ditahan reman 7 hari

Seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh bapanya, direman selama tujuh hari bermula hari ini (19 Nov) bagi membantu siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kes bunuh bapa ditahan reman 7 hari

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 19 Nov 2020 04:11PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 04:13PM

JELEBU: Seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh bapanya, direman selama tujuh hari bermula hari ini (19 Nov) bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata permohonan reman ke atas suspek berusia 35 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu hari ini.

Katanya lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam insiden pada pukul 9.30 pagi semalam (18 Nov), seorang lelaki berusia 59 tahun maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang dipercayai akibat perselisihan faham.

Suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan menunggang motosikal bagaimanapun berjaya ditahan polis kira-kira 20 minit selepas kejadian berlaku.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan