Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek kebakaran studio animasi Jepun rancang serangan terlebih dahulu: Laporan

Seorang lelaki yang disyaki membakar sebuah studio animasi di bahagian barat Jepun menjerit bahawa karyanya dijiplak dan dia dipercayai merancang untuk melancarkan serangan itu terlebih dahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kebakaran studio animasi Jepun rancang serangan terlebih dahulu: Laporan

(Gambar: Kim Kyung-Hoon/Reuters)

Diterbitkan : 19 Jul 2019 03:21PM Dikemas Kini : 19 Jul 2019 03:26PM

KYOTO: Seorang lelaki yang disyaki membakar sebuah studio animasi di bahagian barat Jepun menjerit bahawa karyanya dijiplak dan dia dipercayai merancang untuk melancarkan serangan itu terlebih dahulu.

Demikian menurut beberapa laporan media hari ini (19 Jul), berikutan kebakaran yang meragut nyawa 33 orang. Kejadian itu dianggap sebagai kejadian pembunuhan beramai-ramai paling dahysat yang pernah berlaku di Jepun dalam tempoh 20 tahun.

Lelaki berusia 41 tahun itu "kelihatan tidak puas hati, marah dan menjerit bahawa karyanya dijiplak," kata seorang wanita yang melihat suspek ditahan, kepada para wartawan.

Lelaki yang belum dikenal pasti itu menjerit "Mati!" sebelum membakar laluan masuk ibu pejabat Kyoto Animation dengan apa yang kelihatannya seperti cecair minyak lalu membakar bangunan itu dalam kejadian yang berlaku pada sekitar 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Singapura) pada Khamis (18 Jul), menurut laporan media.

Kebakaran itu dipadamkan hampir sehari kemudian, pada sekitar 6.20 pagi tadi (19 Jul).

Kebakaran dan letupan itu membunuh seramai 33 orang manakala 10 yang lain masih berada dalam keadaan tenat, menurut pihak berkuasa pada lewat semalam (18 Jul). Pada 2001, seramai 44 orang terbunuh akibat kebakaran yang disengajakan di Tokyo.

Sekurang-kurangnya 19 daripada 33 mangsa terkorban sudahpun ditemui dalam keadaan bertimbun di tangga antara tingkat tiga dengan bahagian bumbung, menurut agensi berita Kyodo yang menukil pihak berkuasa.

Kyodo menukil polis daerah sebagai menyatakan bahawa seramai 74 orang dipercayai berada di dalam bangunan itu apabila kebakaran tersebut berlaku. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan