Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek bermotosikal tetak, tikam 2 warga emas hingga mati

Dua lelaki warga emas maut selepas diserang oleh seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah parang dalam dua kejadian berasingan di Buloh Kasap, Segamat, Johor, pada Jumaat (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek bermotosikal tetak, tikam 2 warga emas hingga mati

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 10:04AM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 10:06AM

SEGAMAT: Dua lelaki warga emas maut selepas diserang oleh seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah parang dalam dua kejadian berasingan di Buloh Kasap, Segamat, Johor, pada Jumaat (12 Jul).

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Timbalan Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan dan gerai menjual durian pada kira-kira jam 6.00 petang.

“Dalam kejadian pertama, suspek berumur 33 tahun menaiki motosikal berhenti di hadapan sebuah kedai makan sebelum turun dan menetak seorang lelaki berusia 70-an yang sedang minum di kedai situ.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan badan,” kata Noor Ariffin.

Beliau menambah suspek kemudian berjalan menuju ke sebuah gerai menjual durian kira-kira 200 meter dari kedai makan tersebut sebelum menikam peniaga durian berusia 60-an menggunakan senjata sama. Mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Awam Buloh Kasap.

Noor Ariffin berkata polis kemudian berjaya menahan suspek di tempat kedua kejadian dan menemui parang yang digunakan oleh warga tempatan itu.
Motif sebenar kejadian masih disiasat. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan