Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand bakal putuskan pencalonan puteri Ubolratana

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akan memutuskan hari ini (11 Feb) mengenai pencalonan seorang puteri negara itu sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya Mac ini selepas adiknya, Raja Maha Vajiralongkorn, menyifatkan ia ‘tidak wajar’ dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand bakal putuskan pencalonan puteri Ubolratana

Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 09:22AM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 09:25AM

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akan memutuskan hari ini mengenai pencalonan seorang puteri negara itu sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya Mac ini selepas adiknya, Raja Maha Vajiralongkorn, menyifatkan ia ‘tidak wajar’ dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Suruhanjaya itu juga akan mempertimbangkan aduan untuk mengharamkan parti yang mengejutkan rakyat dengan mencalonkan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, 67, untuk jawatan berkenaan.

Pilihan raya pada 24 Mac ini adalah yang pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.

Thailand mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan sejak 1932, tetapi keluarga diraja mempunyai pengaruh kuat dan dipuja jutaan rakyat negara itu.

Pencalonan puteri Ubolratana minggu lalu adalah langkah mengejut dilakukan parti Thai Raksa Chart, yang ditubuhkan penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dan memecahkan tradisi sekian lama kedudukan anggota keluarga diraja yang mengatasi politik.

Beliau melucutkan gelaran diraja selepas berkahwin dengan rakyat Amerika Syarikat dan pernah membintangi drama bersiri dan filem aksi.

Namun dalam kenyataan yang dibacakan di semua stesen televisyen beberapa jam selepas pencalonannya, Raja Vajiralongkorn berkata ‘tidak wajar' bagi anggota keluarga diraja menceburi politik.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk membuat keputusan mengenai pencalonan puteri itu. Para anggotanya dijangka akan mempertimbangkan hasrat Raja Vijiralongkorn.

Pada Ahad (10 Feb), seorang aktivis berkata beliau akan memfailkan petisyen untuk membatalkan parti Thai Raksa Chart daripada layak untuk bertanding.

"Pengumuman istana jelas menunjukkan parti itu mencabuli undang-undang pilihan raya," kata Encik Srisuwan Janya, setiausaha agung Persatuan Perlindungan Perlembagaan kepada Reuters.

Pengerusi Eksekutif Thai Raksa Chart, Encik Chaturon Chaisaeng enggan mengulas tentang permintaan untuk membubarkan parti itu. Dalam satu kenyataan, parti berkenaan menekankan ia "akan melangkah ke depan untuk menyelesaikan masalah-masalah negara".

Undang-undang pilihan raya melarang parti-parti dariapada melibatkan keluarga diraja di dalam kempen-kempen.

Thai Raksa Chart adalah salah satu parti pro-Thaksin yang bertanding dalam pilihan raya ini.

Perdana Menteri sekarang, Prayuth Chan-ocha juga akan bertanding dalam pilihan raya itu sebagai calon sebuah parti pro-tentera. 

Sumber : Reuters/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan