Images
  • maria ressa
    Ketua laman web Rappler, Maria Ressa, dibebaskan dengan ikat jamin selepas dituduh sebar fitnah di ruang siber. (Gambar: Ted Aljibe/AFP)

Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina saran garis panduan kawal kempen politik online

FILIPINA: Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu menyarankan beberapa garis panduan untuk mengawal selia kempen-kempen politik online.

Langkah itu diambil menjelang pilihan raya pertengahan penggal Mei depan.

Di bawah undang-undang baru, semua parti dan calon politik perlu mendaftarkan blog rasmi dan laman media sosial mereka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Perbelanjaan bagi kempen-kempen di media sosial akan disertakan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan keseluruhan kempen seseorang calon.

Ini bermakna, para pemilik laman web perlu menyerahkan rekod perbelanjaan kempen.

Sementara itu, ketua laman web Rappler, dibebaskan dengan ikat jamin.

Maria Ressa ditahan atas tuduhan menyebarkan fitnah di ruang siber.

Laman Rappler adalah salah sebuah agensi berita yang sering mengritik dasar-dasar Presiden Rodrigo Duterte termasuk kempen antidadah.

- AFP/MM/aq

Top