Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suruhanjaya Eropah saran sekatan perjalanan dilonggarkan bagi individu divaksin

Suruhanjaya Eropah pada Isnin (3 Mei) meminta negara-negara Kesatuan Eropah (EU) memberi kebenaran masuk kepada pelancong yang lengkap menerima vaksin COVID-19 dan yang berasal dari negara epidemiologi yang baik, lapor Agensi Berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Suruhanjaya Eropah saran sekatan perjalanan dilonggarkan bagi individu divaksin

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 May 2021 02:58PM Dikemas Kini : 04 May 2021 02:59PM

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah pada Isnin (3 Mei) meminta negara-negara Kesatuan Eropah (EU) memberi kebenaran masuk kepada pelancong yang lengkap menerima vaksin COVID-19 dan yang berasal dari negara epidemiologi yang baik, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Suruhanjaya itu mencadangkan membenarkan kemasukan ke EU kepada pelancong dari negara dengan keadaan epidemiologi yang baik serta mereka yang sudah lengkap menerima dos vaksin diluluskan EU," kata badan eksekutif EU itu dalam satu kenyataan.

Pelancong yang menggunakan vaksin lain yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga akan diberi kebenaran. 

Perjalanan tidak penting tanpa mengira status vaksinasi individu kini dibenarkan melibatkan tujuh negara mempunyai epidemiologi baik.

Cadangan itu akan dibincangkan minggu ini di Majlis EU.

Pada Mac, suruhanjaya itu mencadangkan penggunaan sijil digital yang dapat membuktikan pemegangnya negatif COVID-19, divaksinasi atau pulih dari penyakit itu. Sistem sijil sedang dirundingkan di antara institusi EU dan dijangka selesai pada musim panas bertujuan menyelamatkan industri pelancongan blok itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan